Wednesday, August 13, 2014

Menjelang Kedewasaan.



Assalamualaikum, 

Aku nak share apa yang aku tengah fikir sekarang ni. Pagi tadi seorang lagi orang terdekat aku meninggal. Al-Fatihah buat Cikgu Farah Waheeda. Sejak aku mula cuti habis matrik ni. Makin ramai ibu bapa kawan aku yang meninggal. Al-Fatihah utk mereka. Sampai aku rasa bersyukur sangat aku masih ada ibu bapa yang sihat boleh bekerja lagi cari makan untuk keluarga aku. 

Sampai aku fikir, nak cepat cepat kerja. Nak cepat cepat cari duit untuk bantu ibu bapa aku pulak. Biarlah diaorg berehat dari bekerja. Aku sanggup. Tetapi, masih jauh perjalanan aku. Aku baru nak masuk degree. Lagi 4 tahun, mungkin aku boleh bekerja pula. 4 tahun jangka masa yang sangat lama. Kita tak tahu apa akan terjadi pd masa depan. Aku pun belum tentu masih ada didunia atau tidak. Semoga Allah SWT panjang umur kita semua. Aminn. 

Hidup kita ni bukan didunia je. Kita mesti ingat, hidup kita yang sebenarnya akan bermula selepas kita mati. Adakah kita bersedia untuk menempuh dugaan diAkhirat nanti ? Cukupkah bekalan kita diAkhirat nanti ? Jadi, marilah sama-sama kita memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik. Dunia hanya sementara. Malah, aku pun tak lari dari dosa. Aku masih belajar utk menjadi lebih baik. Kalau ada kekurangan, janganlah anggap aku ni sebagai malaikat. Aku hanya manusia biasa. Tiada siapa didunia ni sempurna dan jauh dari dosa. Jadi tegurlah aku. Tegurlah dengan lembut dan berhikmah. Akan ku terima sepenuh hatiku. In shaa Allah 



Alhamdulillah for everything. Alhamdulillah. Kepada yang rasa gagal dalam hidup kerana pointer rendah, kerana kos dalam bidang yang anda tidak minat, kerana putus cinta, kerana penat belajar dan lain-lain.. SABAR :) Semua tu dugaan. Don't Give Up ! Get up, and give your best shot for your life. Macam kucing. Happy je sokmo! Jealous betul aku. hahaha