Saturday, October 11, 2014

Mid Term

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. masih bernafas hingga hari ni. Hari ni start hujan rintik rintik balik kat Perlis ni macam minggu orientasi haritu. Tak lama lagi ni kena pakai sweater pi kelas lah kot. Jaket tak dapat lagi hmm. Sebulan++ dah duduk sini.. Alhamdulillah.. banyak kelebihan dari kekurangan. Kelas pun okay. Lecturer pun Alhamdulillah. Classmates semua okay. Boleh ajak bergurau tu kira okay lah kan ? haha Aku lah tu banyak bergurau merepek tah pape. Nasib ada yang melayan. -_-'

Cuma, aku dah boleh rasa budak degree sekarang ni. Semua kena berdikari.. Lecture notes, assignments berlambak due date yang sama semua. AllahuAkbar.. tabahkan lah hatiku. Minggu depan dah mid term test dah. Seminggu tu kena buat macam-macam. Ni pun curi-curi buka blog.haha Assignment 1/4 baru siap, tu pun jenuh nak menyiapkannya.

Aku rasa aku lah paling penat sekali nak bandingkan dengan roommate 7 org lagi tu. haha Rasa je lah. Sebabnya.. aku kelas jauh. Banyak guna fizikal dan mental. Kalau kelas engineering skills tu... hmm takyah cakaplah.. tenaga perempuan bukan banyak pun nak banding lelaki. Balik rumah je penat sangat rasa nak pengsan... tapi biasalah kan nama pun student. hee

Apa-apa pun.. Chaiyok Zaty ! baru permulaan ni. Zaty Boleh !! 

Sunday, September 14, 2014

UniMAP - Kampus Uniciti Alam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah seminggu menjadi seorang pelajar degree. Penat baq hang. Tapi bersyukur sangat dapat masuk Universiti. Terima kasih kepada yg mendoakan. hehe :') Hari ini, sy nak cerita keadaan dekat sini macam mana naa.. Sy sambung degree di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam kos Teknologi Kejuruteraan Elektrik. Bukan kos Kejuruteraan Elektrik tau! Ada beza antara dua kos ni. Nanti sy cerita. hehe

Firstly, sy nak cerita tentang hostel dia. Setahu sy majoriti universiti dekat Malaysia ni kalau dah masuk degree kena cari rumah sewa sendiri (Betulkan jika silap naa) lepastu nak cari rumah sewa tu perghhh payoh sunggoh. Kena cari yg dekat lepastu murah. Mmg susah lah kan.. Tp dekat UniMAP free free je bagi hostel duduk 4 tahun terus sampai grad. Alhamdulillah. 

Sy bet ramai tak tahu pasal UniMAP kan... sbb U ni baru nak naik tapi dah dapat gelaran *5 Star University* compare to UM yg baru 4 star. No offence. ;) That's the fact people. Actually, sy sendiri pun tak tahu kewujudan UniMAP sebabnya tak minat dalam course engineering. Tup tup dapat engineering. keh keh keh TAPI bila sampai je perghlih ni... MashaAllah... SubhanAllah....Allah.. CANTIK SANGAT!!! Jauh dari bandar yg sibuk dan penuh dengan kereta.. Jauh dari bunyi bunyi dan bau tidak menyenangkan. Serious tak tipu. Rugi siapa yg dapat offer UniMAP tapi tak pergi. Muehehe

Pasal kos yg ditawarkan tu janganlah risau.. In shaa Allah senang cari kerja dan gaji pun lumayan (kot). haha Cakap mcm ada pengalaman je kannn.. tapi betullah. Semua kos yg ditawarkan tu ada peluang pekerjaan dia masing-masing. Kalau takde tekonolgi kejuruteraan , siapa nak menghasilkan produk ? kalau takde jurutera siapa nak design produk ? see what I mean ? Saling melengkapi. Sy dulu minat kos Farmasi. Tapi sekarang dalam bidang Fizik. Haaa... nampak tak ? Kalaulah Allah dah tetapkan kita akan jadi engineer, belajarlah biology dgn chemistry sampai pecah kepala pun (amekaw) tetap dapat course engineering jugak.

Nampak mcm takde kaitan kan Bio dengan Fizik ? Tapi hakikatnya, RAMAI sangat budak yang ambil Biology tanpa subjek Fizik dapat course engineering. Kenapa? sebab course engineering ni luas. Kalau nak cerita satu satu pon payoh. Jadi motifnya dekat sini, kalau tak dapat kos yg kita nak, jangan putus asa. Teruskan dalam bidang kita tu, try your best. In shaa Allah rezeki dimana-mana. Sy pun bukannya bright student. Sy ni pelajar yang dikira "sedang-sedang"  lah dalam kelas. Tapi Alhamdulillah. Dapat jugak sambung degree.


The view from my room. I'm in love babe :*
Sawah sawah... Keliling semua sawah. Ni dekat Kolej Kediaman Uniciti Alam, Sg. Chuchuh. Kolej ni baru beroperasi  setahun. Sy batch kedua duduk kat sini. hehehehe Jealous takk ? kahkahkah *ketawa jahat*



Bagi saya view mcm ni bukan senang nak jumpa. Orang perlis , kedah mesti dah biasa. Tapi  kalau org timur datang sini mesti sangat sangat impressed dengan view mcm ni sepanjang perjalanan. hee Siapa yg dapat tawaran ke UniMAP memang rugilah tak pergi. haha SERIOUS. terutama kalau yang jenis tak berjalan ke Perlis ni haa.. macam saya. hehe Hostel pun best. Ada 6 tingkat, ada lift. Satu rumah lapan orang. 3 bilik, satu bilik 2 org, dua lagi bilik 3 org. Tandas ada dua.



Ni Bilik No.1. Bilik ni biasanya menghadap kedalam bangunan, maksudnya kalau buka tingkap nampak org lalu lalang dekat aras tu. Tapi bilik ni rumah yg paling hujung blok. Jadi tingkap dia menghadap ke luar bukan ke dalam blok.


Bilik No.2 tingkap dia mmg menghadap ke luar. Pilih rumah mana mana pun sama.


Bilik No.3 ni asalnya dua orang. Tapi sekarang sudah tambah katil lagi satu. Jadi bilik ni agak sempit. 

Meja study. Buka pintu je terus nampak pandangan mcmni.



Nak throwback sikit naaa... haritu masa Minggu Suaikenal, okay okaylah. PPMS ( Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal) pun semua relax relax je. Takde yg garang garang, tengking tengking ke semua takde. Best :) Cumanya kat UniMAP ni, habis masa untuk travel je. Masa orientasi tu pun ulang alik Dewan 2020 sebab jauh dari hostel kitaorg. Dari Uniciti ke Dewan 2020 ambil masa 30 minit. Bayangkanlah pukul 6 tu dah get ready nak pergi naik bas ke Dewan 2020. Sampai sana pukul 7 lebih. Program start pukul 8. Haaa gituw. Lepas tu, kita pun duduk lah dekat dewan tu dari pagi sampai malam. Balik pukul 11 malam. Sampai hostel pukul 12. Penat ? Meeeemangg penat. Tapi biasalah orientasi. Penat kat situ je. Tapi aktiviti dia relax je takde yg berat pun. Alhamdulillah. Kat dewan tu disediakan surau, toilet... nak mandi pun boleh. Sbb ada shower sekali haha Oh oh baru teringat, dekat hostel Uniciti Alam ADA WIFI :** Kat matrik takde. haha Sebabtu excited lebih kat sini. kekeke





Dalam Dewan 2020. 

Semua aktiviti orientasi dijalankan dalam dewan ni. Haaa haa.. lepastu, pelajar UniMAP ni biasanya pakai jaket yg dia bagi masa orientasi, boleh tempah nama kalau nak. Macam ni...

Jaket UniMAP
Ni contoh kad Matrik UniMAP
Comel kannn ? Semua purple aww. k gedik jap. Kebetulan kunci rumah yg dia bagi pun warna purple. Hhihihihi okay. Haaa ni nak cerita nih... Masa orientasi minggu lepas UniMAP ada buat "Human Dominos" . Pelajar orientasi ada 2500 org. Fuhhh sampai burn muka Iolls duduk tengah panas chuolls. Pukul 12 tengahari pergi buat human dominos. haha Memang sunburn lah kan.. adoii Kitaorg dapat beat tahun lepas punya record dengan beza lebih kurang 3 minit je. Tahun ni dapat buat 4 minit 40 saat pecah rekod Malaysia weh. Siap masuk Malaysia Books Of Record lagi der. Don't play play ! haha Bukan nak bangga, tapi nak bangga sikit je sbb sy pun salah seorang dalam 2500 tu. Kasi can ah sikit. hmm

Padang UniMAP
I LIKE THIS PICTURE. Because it is taken by me and my Samsung Galaxy S3 Mini. haha 
Human Dominos in the making..



Ni Maskot UniMAP
Takde siapa boleh lawan bontot dia. Kalah Nikki Minaj. SERIOUS. hahahaha ok. Tujelah nak cerita. Harap harap dapat membantu junior akan datang, takpun membantu second intake nanti yg 300 orang tuh. Oh yeah, kalau junior tahun depan boleh beat rekod kami yg sesi 2014/2015 ni dalam Human Dominos , wa caya sama lu la weh. Haha Goodluck and wish me luck too in UniMAP ! UniMAP boleh ! Zaty boleh ! Sekian Terima Kasih.






Love zatymk :)

Wednesday, August 13, 2014

Menjelang Kedewasaan.



Assalamualaikum, 

Aku nak share apa yang aku tengah fikir sekarang ni. Pagi tadi seorang lagi orang terdekat aku meninggal. Al-Fatihah buat Cikgu Farah Waheeda. Sejak aku mula cuti habis matrik ni. Makin ramai ibu bapa kawan aku yang meninggal. Al-Fatihah utk mereka. Sampai aku rasa bersyukur sangat aku masih ada ibu bapa yang sihat boleh bekerja lagi cari makan untuk keluarga aku. 

Sampai aku fikir, nak cepat cepat kerja. Nak cepat cepat cari duit untuk bantu ibu bapa aku pulak. Biarlah diaorg berehat dari bekerja. Aku sanggup. Tetapi, masih jauh perjalanan aku. Aku baru nak masuk degree. Lagi 4 tahun, mungkin aku boleh bekerja pula. 4 tahun jangka masa yang sangat lama. Kita tak tahu apa akan terjadi pd masa depan. Aku pun belum tentu masih ada didunia atau tidak. Semoga Allah SWT panjang umur kita semua. Aminn. 

Hidup kita ni bukan didunia je. Kita mesti ingat, hidup kita yang sebenarnya akan bermula selepas kita mati. Adakah kita bersedia untuk menempuh dugaan diAkhirat nanti ? Cukupkah bekalan kita diAkhirat nanti ? Jadi, marilah sama-sama kita memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik. Dunia hanya sementara. Malah, aku pun tak lari dari dosa. Aku masih belajar utk menjadi lebih baik. Kalau ada kekurangan, janganlah anggap aku ni sebagai malaikat. Aku hanya manusia biasa. Tiada siapa didunia ni sempurna dan jauh dari dosa. Jadi tegurlah aku. Tegurlah dengan lembut dan berhikmah. Akan ku terima sepenuh hatiku. In shaa Allah 



Alhamdulillah for everything. Alhamdulillah. Kepada yang rasa gagal dalam hidup kerana pointer rendah, kerana kos dalam bidang yang anda tidak minat, kerana putus cinta, kerana penat belajar dan lain-lain.. SABAR :) Semua tu dugaan. Don't Give Up ! Get up, and give your best shot for your life. Macam kucing. Happy je sokmo! Jealous betul aku. hahaha