Saya disini ingin memberi nasihat sedikit kepada rakan-rakan dan adik-adik saya sekalian.
Hari ini, saya ingin bercakap tentang :
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri” .
Ya, tentang aib. Semua orang ada silap masing-masing. Tetapi tak perlulah kita menyebarkannya kepada orang lain. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Saya bukan apa, saya tengok budak zaman sekarang suka sangat bercerita tentang aib orang lain dekat facebook, twitter, blog dll. Dan yang paling teruk kalau cerita tu dah lama, tp diungkit-ungkit lagi sedangkan orang yang melakukan kesilapan sudah memulakan hidup baru.
Ya Allah, macam tu je kita dapat DOSA FREE. kalau dapat PAHALA FREE kan lebih baik. Tolonglah adik-adikku sekalian yang suka bercerita tentang orang lain yang boleh memalukan orang tu ataupun menimbulkan fitnah , PLEASE STOP IT ! Sia-sia usaha korang cakap banyak-banyak tapi yang dapatnya dosa bukan pahala.
Cubalah bayangkan kalau korang cerita tentang aib orang lain, tiba-tiba terkena kepada diri sendiri, Ya Allah, malunya. Walaupun korang tak sedar benda tu kadang-kadang tempias dekat diri sendiri tapi ada ramai orang lain akan sedar. Lagi satu, kadang-kadang orang judge kita macam-macam bila kita bercerita tentang aib orang lain. Secara tak langsungnya orang akan tahu perangai kita yang sebenar.
Jadi, lebih baik kita senyap dan bersabar. Sabar memang senang nak cakap tapi susah nak dibuat.
Saya dah cukup bersabar dengan orang yang bercerita tentang saya. Yang memalukan saya dalam diam tanpa saya sedar. Tapi takpe, saya doakan mereka berubah dan Allah memberi pengajaran kepada mereka. Kalau Allah nak balas bukan dekat akhirat je, dekat dunia pun boleh. Sekelip mata je Allah akan balas. Astaghfirullahal'azim. Sabar ya zaty. :')